E-buku yang berjudul Analisis Asas Statistik SPPS ini merupakan panduan komprehensif ditujukan khas kepada pelajar diploma, ijazah,ijazah lanjutan, penyelidik dan profesional yang ingin menguasai teknik asas statistik menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Pertama, e-buku ini membincangkan teknik menyediakan data dan mentakrifkan pemboleh ubah untuk analisis dengan contoh yang mudah difahami. Cara menganalisis konsep asas statistik seperti nilai min, median, mod, varians dan sisihan piawai dibincangkan dengan terperinci. Dalam pada itu, teknik menganalisis statistik deskriptif dan inferensi diterangkan dengan langkah-langkah mudah serta rajah yang jelas. Pembaca akan mempelajari cara menghasilkan jadual kekerapan, graf dan histogram untuk menganalisis data deskriptif. Sebelum menentukan analisis inferensi seperti ujian parametrik atau bukan parametrik, Ujian Kenormalan perlu dilaksanakan dan teknik analisis kenormalan juga dibincangkan. Hipotesis kajian kuantitatif perlu diuji menggunakan statistik inferensi terlebih dahulu. Sebagai contoh, teknik menganalisis inferensi parametrik seperti Ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson dijelaskan langkah demi langkah sedalamnya. Secara amnya, analisis asas statistik dari e-buku ini seperti di atas boleh digunakan untuk menganalisis data dari pelbagai sektor. Pada bahagian rujukan, pembaca juga boleh mendapatkan rujukan tambahan berkenaan analisis statistik SPSS untuk maklumat lebih lanjut. Dengan panduan yang mudah dan jelas, e-buku ini dapat membantu pembaca bukan sahaja memahami konsep statistik tetapi juga mengaplikasikannya dengan yakin dalam penyelidikan mereka.